Belajar sambil mendengar lagu ?

Ada orang yang jenis suka belajar dalam keadaan sunyi dan tak kurang juga yang  suka belajar sambil mendengar muzik, apa pun bergantung juga kepada jenis pembelajaran, menurut pengalaman aku, belajar atau ulangkaji subjek yang kena menghafal perlu lebih ketenangan daripada belajar subjek yang banyak pengiraan atau penyelesaian masalah. Tapi jangan sampai terlalu khusyuk dengar daripada belajar….

Dari kajian  saintifik sebenarnya bunyi sekeliling macam bunyi berjalan kaki, orang bercakap, kenderaan dan sebagainya, “lagu” ini selalunya membantu sedikit sebanyak untuk sesetengah orang dan membantu jugak untuk diorang fokus. Lagi satu kalau boleh lagu tu mestilah jenis yang ringan atau sederhana (tak terlalu hardcore atau heavy metal) dan tidak mempunyai vokal atau rentak gendang yang kuat !, disarankan juga untuk mendengar lagu jazz, instrumental atau klasik.  Sesetengah orang lagi senang terganggu kat bunyi bising, persekitaran (termasuk aku), diorang ni akan merasa lebih tenang belajar di bawah keadaan  sunyi.

Untuk orang yang mudah hilang fokus belajar kalau dalam keadaan yang sunyi (mudah mengantuk, bosan dan tertidur)  maka tak ada masalah untuk mendengar lagu tetapi jangan terlalu kuat dan elakkanlah dengar lagu yang liriknya terlalu keras. Oleh itu, pilihlah cara terbaik untuk mendapatkan keselesaan terbaik ketika belajar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s