Tagged: cerita

Cerita Lawak 1 – Drakula

Pada suatu hari, drakula dibunuh dan dia telah dibawa berjumpa ahli sihir………

AHLI SIHIR : Saya akan beri kamu satu peluang untuk menebus semua dosa yang telah kamu lakukan. Saya akan hantar kamu balik ke bumi, TETAPI kamu tidak akan berupa manusia. Kamu hanya akan dijelmakan menjadi “benda” bernyawa. Jadi apa kamu pilih?

DRAKULA : Saya nak menjadi BENDA YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH, heh….heh…heh….

Drakula ditukarkan menjadi KELAWAR PONTIANAK dan terbang semula ke bumi menghisap darah. Sekali lagi dia dibunuh dan dibawa menghadap ahli sihir.

AHLI SIHIR : Saya akan memberi satu lagi peluang, tapi bukan manusia atau kelawar. Jadi apa pilihan kamu?

DRAKULA : Saya nak jadi jugak BENDA HIDUP BERSAYAP DAN HISAP DARAH !..

Lalu drakula ditukarkan menjadi NYAMUK. Suatu hari dia dibunuh lagi. Drakula terasa bodoh sangat bila berhadapan dengan ahli sihir buat kali ketiga.

AHLI SIHIR : Saya akan memberi kamu peluang terakhir, tapi kali ini BENDA YANG TIDAK BERNYAWA. So, apa dia kali ini?

DRAKULA : ok, ok …….tukarkan saya kepada BENDA TAK BERNYAWA, BERSAYAP DAN HISAP DARAH…… he he he…

” TAK ADA MASALAH !!! “, kata ahli sihir dan terus menukar Drakula menjadi Tuala Wanita KOTEX MAXI PAD…